Friday, 21 June 2013
Bahasa Inggeris sekarang ni satu keperluan dalam kehidupan.
Malah boleh buat duit.Anak pandai bahasa inggeris boleh hantar
masuk ‘Spell It Right’. Hadiah ribu ribu tu. Mak ayah tak pandai
berbahasa inggeris, macam mana nak ajar anak ni?
Jom baca tips berikut…
1. Kita boleh pupuk minat anak terhadap bahasa Inggeris dari
dalam kandungan lagi. Berbual dengan mereka dalam bahasa
Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan
lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak
lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa
Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam sekarang ni Maher
Zain tengah glamer!
2. Nanti bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak dalam
bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One
Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n
sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam
kedua2 bahasa, InsyaAllah.
3. Guna sumber pengajaran seperti flash card, poster, vcd, cd dan
lain2 untuk wujudkan persekitaran yang sesuai untuk anak belajar.
4. Jangan jadikan kelemahan kita dalam bahasa Inggeris sebagai
alasan untuk tidak mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris dari
peringkat awal lagi. Mak ayah kena berkorban sedikit. Belajar balik
bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak payah mahir untuk
mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2
dan lain2 sumber untuk mengajar.
5. Flash Card sangat berkesan untuk kenalkan perkataan baru
bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda
anda. Ini kerana flash card mempunyai gambar/imej. Gunakan
permainan2flash card yang menarik untuk mengajar mereka.
6. Jangan malu dan segan untuk ajar anak-anak dikhalayak
ramai. Abaikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak
anda mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti
tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains
dan matematik.
7. Ingat, bila seseorang kanak-kanak mahir dalam sesuatu
bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
8. Kalau ada yang kita tak faham, jangan segan bertanya dengan
orang lain.
9. Beli buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2
untuk anak-anak . Kalau diorang minat kartun,tak salah belikan
komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun
ada dalam dwibahasa. Tapi Sinchan jangan beli. Unsur lucah
merata rata!
10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Bed time
story maybe membantu. Pupukkan sikap suka membaca bahan2
dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak
anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga
kalau minta bantuan ibubapa atau mertua untuk sama2
membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.
12. Kalau mampu hantar la ke tadika yang ada ajar bahasa
Inggeris. Kalau tak ada budget jangan lah risau. Anda sendiri
boleh mengajar mereka dengan berkesan.
13. Kenali minat anak anda. Kalau dia minat Sesame Street belilah
vcd2 Sesame Street.Bagi semangat sikit nak belajar. Bila anak
seronok diorang akan enjoy belajar english.
14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda
bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-
anak anda seperti rancangan Sesame Street, Dora Explorer, Barney
& Friends dan lain. Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris,
kat Astro banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
15. Jangan paksa atau beri tekanan kepada kanak-kanak yang
masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah
bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So kita kenalah cari
teknik2 pengajaran yang tak boring. Kalau nak ajar tak payah lama
lama dan cari masa yang sesuai bila dia orang boleh beri lebih
tumpuan.
16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah . Pastu
terangkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin
ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka
ni mudah lupa.
17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa
serentak!
18. Jangan risau, anak anak tak akan pening kalau didedahkan
kepada dua bahasa dari kecik. Mula2 je dia pening tapi dia akan
cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.
19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm
dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.
20. Jangan guna bahasa bayi, maksudnya pronounce jangan pelat
pelat. Sebut betul betul dan guna ayat yang betul grammar dia.
21. Kalau anak sebut tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan
mengulang semula apa yang mereka sebut tu.
22. Belajar balik bahasa Inggeris. Walaupun anda rasa yang
bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik
sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kadang2 benda yang kita
ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.
23. Selain dari mengguna flash card anda juga boleh gunakan kad
perkataan. Yang ni tak ada imej atau gambar. Senang je nak
buat.Beli je kad kad untuk buat nota yang bersaiz poket. Tulis
perkataan baru dan cuba jadikan ianya ‘fun’ bersama anak anak.
24. Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba
gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun
gunakan kamus English-English-Malay.
25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa
Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada
tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di
dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa
yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu
disebut.
Huhhh, nak mendidik anak bukan satu benda yang senang. Pandai
buat anak pandai lah didik anak kan? Ingat English is fun, seronok
bila kita tahu cara yang betul untuk mengajar anak anak kan?
Thursday, 20 June 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)