Friday 7 November 2014

Terkejut Tertangkap Gambar Pocong Di Dalam Hospital



Seorang kakitangan awam terkejut setelah dia secara tidak sengaja merakam objek
aneh berhampiran bilik mayat di sebuah hospital menggunakan kamera telefon 
bimbitnya malam kelmarin.

Menurut kakitangan awam tersebut, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan keluar
ke tempat parking kereta dan ingin mengambil kerusi roada bagi tujuan sumbanngan,
memetik laporan dari Sinar Harian.

Setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar yang telah dambilnya 
dan terkejut dengan penampakan objek asing seperti pocong di sebuah gambarnya 
berdekatan dengan bilik mayat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama 
Islam Daerah Kulim, Azmi Rejab berkata kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan
sentiasa akan menyesatkan manusia. Dia juga menegaskan kita tidak perlu takut dengan
kehadiran objek berkenaan sebaliknya perlu terus beriman kepada ALLAH SWT


No comments:

Post a Comment